Assalamualaikum w.b.t
Tiada beza antara kita dalam mengingatinya,
Tiada beza antara kita kerana tidak mudah melenyapkan segalanya,
Tiada beza antara kita berusaha menjadi yang pertama,
Tiada beza antara kita kerana menjadi seorang yang setia,
Tiada beza antara kita merindui semuanya,
Tiada beza antara kita menghilangkan segala rasa,
Tiada beza antara kita tidak mudah berpaut pada dahan yang rapuh,
Tiada bezanya kita kerana menyakini setiap janji dari Yang Maha Pencipta.
Bezanya kita, aku berdoa agar dapat melupakan segalanya,
bezanya kita, aku membuang segala rasa dusta,
bezanya kita, aku tidak lagi mahu leka,
Pergilah segala rasa yang rapuh.
Aku tetap disini.Menanti Janji Sang Penciptaku.
Hand Note: Segala yang berlaku pasti ada hikmah. bukan kesempurnaan sesuatu perkara yang aku cari tetapi aku cuba melengkapi sesuatu yang kekurangan. Syafakallah wahai hati..La tahzan.Untuk sahabat yang disayangi, Jum sama2 kita cari hikmah disebalik sesuatu itu.Tangisan itu membuat aku pilu,tapi aku yakin,pastinya kau tabah saat itu.
No comments:
Post a Comment