Bismillah..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Ramadhan tiba, ramadhan tiba, marhbahan ya Ramadhan..
Hari ni 24 Jun 2016, genaplah sebulan pemergian sahabat kami. Semoga berada dalam kalangan orang yang beriman. Allah, tengahari tadi dikejutkan pemergian 2 orang ibu sahabat sekolah rendah. Semoga Allah merahmati dan berada dalam kalangan orang yang beriman. Pemergian mereka pada bulan yang mulia ini sedikit sebanyak akan menyedarkan kita tentang menghargai bulan Ramadhan. Gunalah sebaik mungkin bulan yang penuh barakah ini untuk beribadah kepada Allah. Aku bukanlah insan yang sempurna, baik dan sebagainya. Allah mengetahui semua itu, namun aku cuba menguatkan diri untuk bermujahadah. Mujahadah itu pahit dan perit , malah kerap aku kembali terpalit, segagah mungkin aku cuba dan terus mencuba...Inshaa Allah, aku akan lebih banyak menulis akan datang sebab banyak story mory aku.Inshaa Allah.#roadtopraktikumkatsmksaujanautama.
Cita-citaku
Aku mempunyai impian yang tingi. Yang mampu dicapai oleh seseorang yang benar-benar tekad. Aku juga mahu menjadi seperti seorang sahabat disini.Allah.Kagum aku dengannya, malu juga pada dia. Acap kali menegur, terima kasih dik. Doakan aku juga menjadi sepertimu kelak.Inshaa Allah.
Mengenali peribadinya membuat aku bersemangat untuk mencapai cita-citaku.
Ayah & Mak
Kedua sosok yang dirindui tunggu kepulangan aku. Rindu pada kalian, aku nyatakan pada yang Maha Mendengar. Semoga sihat dan dalam peliharaan serta lindungan Allah Yang Maha Esa.Maafkan diri ini.
HandNote: Allah, kuatkan diri ini.Jadikan aku pencinta Al-Quran, dan orang yang beriman dengannya..Semoga Allah memudahkan urusan aku dan sahabat ke praktikum. Intern Teacher.

No comments:
Post a Comment