Smoove Move - Turbo ulyazuyyin: Ahlan wa Sahlan 2018

Monday, January 22, 2018

Ahlan wa Sahlan 2018

Bismillah, Alhamdulillah..
Syukur pada Yang Maha Esa atas kurniaan nikmat Iman dan Islam..
Ya Allah, tetapkan hati kami yg berbolak balik ini di atas jalanMu (Islam)..

Pada tanggal 18.5.2017, Allah mengambil  kembali hakNya iaitu tok wan yang diberi pinjam selama 90 tahun. Tak smpai seminggu arwah sakit, dan pergi meningglkan kami waktu 5.00 pagi.. Semoga doa wan yang mendoakan diyana menjadi seorang guru dimakbulkan Allah..Mak kata, petang 17.05.2017, wan bertanya mana diyana, dia jadi cikgu dah ka?..😭 Last jumpa wan masa bulan 2 kot xsilap...Arwah wan dulu ust, so saja dok sembg mcm2 dengan dia..Tanya pondok la, apa la..Last things im doing for him was cut his nails. Last memory with him..

Now, 2018, im lost mygranny too. Ya Allah, tempatkanlah mereka dalam syurga Mu yang kekal abadi. Allah ambil kembali milikNya yg diberikan pinjam kpd kami dalam keadaan tidur  selepas mengaji Al Quran. Walaupun sebelum ni tok sakit sebb strok, dia jadi pelupa bacaan solat, setelah 2 mggu dia tu, dia kembali ingat dan menjalankan ibadah solat dan mengaji seperti biasa..walaupun mulutnya dh tertarik ke tepi, namun, sebutannya jelas.. Tok Mah saya yang comel dan suka cantik2 walaupun berumur 81tahun..Mak pun xsangka yg maknya(tok mah) umur 81 tahun..hahaha...sebb setiap anak, selalu rasa mak dia muda lagi, just like me.hehehe..Last 2 weeks before she in coma, she asked me, diyana, mak mentua diyana nama apa, tok lupa dah...hahaha...tok u're so adorable, cute..Im said inshaa Allah, ada nama, tapi xtau la nama apa, sbb cek tak kawen lagi la tok..hahahaha...dia gelak ja..
Last im visited her when she was in comma at hospital until her last breath there on Saturday 7.01.2018 at 5.00 a.m too.. Al Fatihah utk tok dan wan..Semoga kita dapat berkumpul sama2 di tamanNya.

Itu kisah mereka, bagaimana aku?..Aku bukan orang yang baik, aku berusaha, tapi aku kerap terpalit, tersungkur dalam melakukan dosa.Mungkin kerana, aku tidak bersungguh2,..Ya Allah, bg la aku kekuatan...Wallahi, aku bukan orang yang baik. Zahir bukan ukuran seseorang. Terima kasih Allah kerana tidak membuka aibku..Betullah kata2, yg ditulis, tapi tak igt siapa, kalau kamu tahu dosa2ku nescaya kamu tidak mahu berkawan denganku..Kalau juga dosa itu berbau busuk, pasti kamu menjauhiku..Allah masih sayang aku, dia beri nikmat macam2..Tapi aku yang lalai.. Ya Allah, ambil aku ketika aku mencintaiMu.
Aku cemburu melihat kematian sahabat2 soleh dan solehah, dalam penuh ketenangan..Allahumma takhtim alaina bi husnil khatimah, wa la takhtim alaina bi suil khatimah..

Ini kisah tahun baruku 2018..

HANDNOTE: Aku gagal iv guru pada disember lalu.Next time ada lagi..haha..
Aku cabar diri aku untuk habis 2 buku bulan januari..Tapi xtercapai..teruk btoi la..Tapi smlm aku tgok satu rancngan cina ni, dia kata, Buku ni murah, tapi mampu menambah nilai dalam diri seseorang..Walaupun baju mahal, hanya mampu memewahkan diri tapi tidak menmbah nilai dalam diri..Jom membaca weh..(Ceit, macam ada 10 billion orang dok baca dalam blog aku)😂..Aku dm besday org tu, patut ke aku delete..Sebab serius la aku dm, kalau dak, aku takkan buat..sebab aku dh mature kot..hahaha..Aku tanya mak aku dulu kot..🤣

No comments:

Post a Comment